Saturday, April 21, 2012

SANTAPAN & SELERA ROHANI

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ALLAH yang masih memberikan sedikit ruang & masa untuk menegcapi keindahan alam ciptaan tuhan.

Ermmm...ari ni kesihatan tak berapa baik...demam...sakit tekak & selsema. Biasalah sedikit ujian daripada Yang Maha Kuasa...sekadar utk menguji kesabaran & kekuatan hati. Hehehe...Saat ini merasakan kerinduan pada kampung halaman & ahli keluarga yang jauh di mata tapi dekat di hati. Teringat pula pada pesan ayah & mak saya yg sentiasa tak pernah lekang daripada mulut mereka...."Solat jangan tinggal...jangan lambat2 kan...rajin2 baca Quran...". Insyaallah ingat...& terus lekat kat kepala otak.

Setiap manusia mempunyai selera yang berbeza2...baik selera fizikal samada makan or berpakaian & juga selera rohani. Mungkin sesetengah orang suka memenuhi selera rohaninya dengan banyak menunaikan solat sunat...membaca Quran & juga berzikir. Secara peribadi saya suka membaca Al-Quran kerana itulah satu2 nya cara saya memenuhi keperluan rohani. Sejujurnya saya ni bukan seorang muslimah yang solehah. Hehehe...Namun saya mempunyai keinginan untuk pergi ke arah yang lebih baik & menjadi solehah. Dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan pendidikan agama sedikit sebanyak memberi garis panduan kepada saya agar terus menjadi lebih baik.

Kalau solat2 sunat ni agak jarang saya lakukan terutama solat di tengah malam. Nampaknya godaan syaitan itu lebih kuat menyuruh saya tarik selimut daripada bangun. Hahaha...Justeru itu bagi memenuhi keperluan rohani...saya lebih banyak membaca Al-Quran. Saya mempunyai jadual yg sy tetapkan dalam membaca Al-Quran...& Al-Mathurat. Dan paling penting saya cuba untuk sentiasa konsisten dalam mengamalkanya.

Percayalah...membaca Al-Quran merupakan penawar & pengubat hati yg paling mujarab. Tatkala hati saya dilanda perasaan sedih, marah, gelisah & tidak tenteram...membaca Al_Quran mampu mengurangkan & seterusnya menghilangkan perasaan2 negatif tersebut. Ketika itu saya yakin bahawa tiada sesiapa yg mampu mengubati hati melainkan saya sendiri yg mencari penawarnya. Alhamdulillah...ternyata janji ALLAH itu benar. Sehebat mana pun ujian perasaan yg diberi...insyaallah Al-Quran adalh penawarnya. Klu tak mampu membaca...sudi2 kan lah telinga mendengar kan ...sudah memadai & pasti menenangkan.

Kalau pada asalnya membaca or mendengar bacaan Al-quran ketika perasaan negatif...saya cuba utk menjadikan ia sebagai amalan ketika dalam perasaan yg positif. Lama kelamaan ia akan menjadi amalan yg terbiasa. Bila sehari tidak membaca pasti akan rasa kerinduan utk mengalunkan kalimah2 keramat itu. Ketika itu saya sedar bahawa bukan fizikal sahaja yg memerlukan santapan...tetapi jiwa juga sangat2 memerlukan nya. Satu2 nya cara saya memenuhi santapan jiwa yg sentiasa alpa adlh dgn menjadikan membaca Al-Quran sebagai amalan. Bahkan saya juga sedang berusaha meperbaiki bacaan dengan belajar serta berguru pada orang yg lebih arif. Malahan saya juga berazam utk cuba belaja & memahami isi2 kandungan dalam Al-Quran yang pastinya menarik.

Suatu hari nanti jika saya dizinkan mempunyai keluarga...harapan saya utk menerapkan Al-Quran di dalam jiwa anak2 saya. Biar mereka menjadi generasi yg celik Al-Quran...kerana saya yakin pada masa yg akan datang pasti lebih banyak dugaan yg perlu ditempuhi oleh generasi baru. Justeru itu santapan rohani yg kuat amat diperlukan oleh mereka. Amin...& Insyaallah...


Monday, April 9, 2012

IsTiKhArAh CiNtA - By sIgMa

Istikharah Cinta

by

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta


Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan...[selalunya dibuat melalui solat sunat istikharah lah]dan selalunya kita istikharah untuk meminta petunjuk Allah dalam menentukan hala tuju hidup kita atau dalam membuat pilihan...
 
Dulu masa muda-muda remaja klu wat istikharah masa nak wat pilihan nak masuk kelas Sains or Akaun...pas2 ble nak gi masuk U yg mana. Hahaha...Tp sekarang, istikharah lagi untuk buat pilihan hidup...khususnya bagi wanita-wanita sepertiku yang mahu membuat pilihan 'teman hidup'..‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh dikatakan di sini – Istikharah cinta..macam lagu kat atas.

Walaupun dah bertunang istikharah itu tetap diteruskan. Insyaallah untuk memberi kekuatan pada hati dalam menempuh alam pertunangan yang banyak dugaan. Hehehe... Jadi istikharah itu perlu...
 

Thursday, April 5, 2012

dEnGi...oHhH...DeNgI...

Salam Pertemuan Yang Manis...

Wahhh...dah lama rasanya tak update blog. Bukan malas...cuma tak mempunyai kesempatan (alasan semata-mata. Huhuhu...
Actually i baru je baik daripada demam lebih kurang 2 minggu yang lepas. Bukan demam biasa2 tau...tp demam denggi. Aduhai....mmg dah ditakdirkan i ni kena cium ngan nyamuk aedes. Mana taknya dalam umah sewa tu ada 2 org...tp i gak yg dipilih. Ermmm..x pe...anggap sebagai ujian. Kdg2 ALLAH berikan sakit untuk menghapuskan dosa2 kecil...dgn syarat kena sabar.
Seingat i mula2 kena demam petang Jumaat. Tengahari tu macam biasa je...siap gi menjamu selera kat umah Syud (makan masakan korea kan)...pastu boleh lagi wat paper bag nak kawin. Balik dpd umah Syud rasa tak sedap badan. Apalagi tido lah memanjang. Maghrib tu rasa tak boleh nak bangun sbb rasa sakit kepala & badan yg amat sangat. Malas nak layan demam ni i pn telan PCM 2 biji (ikut nasihat DR CT). Pas2 membuta yg tak berapa lena.
Soknya ari Sabtu rasa mmg tak larat. Telan lagi PCM2 biji. Cuba gagahkan diri sbb dah janji ngan my fiancee utk gi survey kad kahwin. Ermmm....masa tu seriously i rasa x larat yg amat sangat. Selera makan pn hilang dgn cepatnya (masa ni rasa dah kurus) hahaaha... Lepas balik kuar dating terus tido...bangun jap solat...pas2 sambung tido. Tp lepas asar tu mmg dah x tahan sgt...bila bangun rasa pusing...badan ni sakit esp kat sendi2. Apalagi...call my younger sister Dr Ct@Uda...jawapannya kena paksa gi klinik. So minta tlg Eda antar gi A&E after maghrib.
Sampai kat A&E mcm biasalh kena ikut prosedur....register & saringan pertama. OMG...suhu badan mencecah 40 degree. BP border line....so MA tu bg makan 2 biji PCM lagi & kena tunggu. Bab kena tunggu ni yg  x tahan. Rasa mcm nak baring je...tp katil sumer penuh. Nasib baik Eda ada kenalan....so alhamdulillah ada katil kosong. So tanpa membuang masa aku baring...masa tu mmg nak tido je. Agak lama lah nak tunggu dtg check...kna amik darah...urin (air kencing). Ble doktor dtg check sumer result ok....so ingat kn blh lah balik. Tup...tup...kena cucuk...nurse masuk kn ubat. Cepat skit kot baik. ingat kan dah blh baik...rupa2 nya kna tahan lagi...nak masuk air plak. Adoi lah...nak tunggu masuk air punya lah lama sampai kena tahan kad wad sementara. Lepas masuk air 2 drip bottle i pn mnta balik. Bukan apa sian tgk Eda yg kena menunggu sampai 2 pagi. TQ so much Eda. Semoga Allah membalas kebaikan utk Eda. Soknya dpt MC sehari.
Ari Ahad berehat je lah kat umah. Asyik2 kena makan ubat. Tp tak juga kebah2. Pelik lah. Badan & kepala makan sakit. Makan lansung x blh kecuali air soya je yg mampu i telan. Ari Isnin tu dah keje tp sbb x larat gi klinik staff  gak. Nak tau...suhu badan masih 40 degree....agaknya demam i ni degil kot. Lepas check up ngan doktor dpt MC 3 ari. Pas2 next week ada appointment smula ngan doktor. Apalagi balik kg lah...so my En Apis yg tlg uruskan balik kg. Naik flight & fully sponsored by En Apis. TQ so much to him. He's really a rensposible man.
So seterusnya aku berehat kat umah. Hari ke 6 tak baik juga demam. I hanya blh minum air buah je sepanjang kat umah (masa tu mmg rasa kurus). Mujur ada mak yg sanggup uruskan i...sediakn minum...picit badan & kepala. Sbb demam tak surut so gi my sister amik lah darah. Apa jd??? Platlet turun sampai 50 & positif denggi. Wahhh...patutlah i sakit badan & kepala yg amat sangat. Mata ni mcm nak terkeluar rasa. Ulu hatai rasa sakit. Tp syukur ke hadrat ALLAH...berkat jagaan mak & family sembuh gak. Sian my family berusaha cari ketam...sbb nak wat ubat denggi. Hahaha... Luv u all...& i'm really appreciate it. Lepas seminggu duk umah balik keje lah mcm biasa. Masa rasa dah ok tp still kna minum air byk2.
Ni 1st time i kna denggi. Rasa fobia plak ngan nyamuk. Huhuhu....tp what to do. Mcm yg i kata ujian ALLAH. Insyallah akan sembuh...tp kena byk2 sgt sabar. Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali MATI. Itu yg aku set kan dlm otak klu setiap kali sakit. Kepada my family tercinta, En Apis & family serta Eda terima kasih ats bantuan, perhatian & kasih syg anda semua. I mmg x mampu nak bls...tp insyallah i akan sentiasa mendoakn kebaikan utk anda semua.sekarang i dah sembuh atas kuasa ALLAH s.w.t. DIA yg memberi & DIA juga yg menyembuhkannya. Alhamdulillah...