Wednesday, May 23, 2012

Surat buat bakal suamiku


Insyaallah...jika di izinkan lagi 43 hari atau sebulan lebih aku bakal bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki. Sebelum diijab kabul kan ingin ku titip kan surat buat bakal suamiku...bakal pemimpin rumahtanggaku & bakal imam hidupku. Sekadar surat yang biasa2 tapi semoga dapat memberi pengertian & peringatan bersama. ...bacalah wahai bakal suamiku.... 

Kepada bakal suami ku yang dicintai,

Kita bakal hidup bersama tidak lama lagi. Jadi, ada beberapa perkara yang aku harus perjelaskan kepada mu agar kau lebih memahami aku. Pertama sekali, aku bukanlah satu-satunya pilihan yang kamu ada. Aku tak pernah memandang diriku sebagai pilihan terbaik untuk dirimu. Yang aku tahu cuma satu. Aku akan berusaha memahami dirimu yang bakal ku kenali lebih dekat apabila kita hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba berusaha menjadi isteri yang taat dan solehah di bawah bimbinganmu. Insyaallah...Aku juga tahu kamu bukanlah yang paling sempurna di kalangan lelaki yang pernah aku kenali. Namun kau harus tahu mengapa aku memilih dirimu. Aku tidak mengangkat kamu sebagai yang terbaik semasa aku memilih. Sebaliknya, aku merasakan dirimu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik. Aku  melihat perhubungan kamu dengan PENCIPTAmu yang membolehkan kamu membawa aku ke jalan yang benar. Dengan cara kamu melayan ibu bapamu berserta seluruh ahli keluargamu meyakinkan aku kamu mampu menjadi menantu terbaik. Dengan cara kamu bergurau bersama kanak2 juga meyakinkan aku kamu mampu menjadi bapa yang penyayang. Namun itu bukan bermakna aku menganggap kamu tidak akan berubah dan sentiasa baik di mataku. Tapi cukuplah dengan aku berdoa agar kamu sentiasa begitu, dan aku yakin ALLAH mendengar doa ku.

Bakal suamiku yang dikasihi,

Aku punya keluarga sebelum menikahi kamu, bahkan hubunganku amat rapat bersama ibu bapaku dan adik beradikku kerana mereka adalah keluarga ku. Maka aku berharap akan kekal dapat berhubung dengan mereka sehingga mati. Aku harap kamu mengerti ikatan keluarga tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Janganlah disekat aku berjumpa dengan mereka, sebagaimana aku sentiasa memberi ruang untuk kamu dekat dengan keluargamu. Janganlah dizalimi aku dengan menggunakan kuasa vetomu untuk mengawal pergerakanku, sehingga aku tidak dibenarkan berjumpa ahli keluargaku.

Aku anak sulung yang yang menjadi harapan keluarga sebelum aku berjumpa dengan kamu, dan aku harap keadaan itu tidak akan berubah setelah aku jadi teman hidupmu. Sebagai wanita moden, aku tidak akan mengharapkan huluran wang berlebih-lebihan daripada mu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja memanjakan diriku. Cukuplah nafkah sekadar cukup, tidak bermewah-mewah sehingga merosakkan diriku menjadi riak dan takbur. Maka aku harapkan kau juga bertolak ansur sekiranya aku memperuntukkan wang gajiku untuk ibu bapaku di kampung. Kita masing-masing punya tanggungjawab kepada ibubapa, walau tidak wajib bagiku sebagai anak perempuan, fahamilah niatku membantu ibubapaku, sebagaimana cita-citamu untuk memberi kehidupan senang kepada ibu bapamu.

Bakal suamiku yang disanjungi,

Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jangan sekali menyakiti hati mereka dan sentiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya mereka redha TUHAN akan mersetui perjalanan kita. Sama lah jua hubungan kamu dengan ibu bapaku. Janganlah hanya kerana aku sudah sah menjadi milikmu, maka kamu ketepikan mereka. Sesungguhnya kerana mereka lah aku membesar dengan sempurna. Berterima kasihlah kerana mereka tabah & sabar mendidik aku sehingga dewasa begini. Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku terhadap ibu bapaku sendiri. Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.

Bakal suamiku yang budiman,

Perlengkaplah dirimu sepenuh-penuh ilmu agama dan ilmu dunia. Atau pun sama-sama kita nanti mempelajari dan mendalami ilmu ketuhanan dan kemanusiaan. Terlalu banyak kisah penceraian yang menakutkan aku yang berpunca dari salah faham, ungkit mengungkiti, kewangan dan faktor luaran yang lain. Sama-sama kita mengingati satu sama lain seandainya kita lupa dan lalai. Aku harap engkau akan menjadi suami bertanggungjawab dambaan semua gadis. Fikirkan baik buruk setiap tindakanmu. Sekiranya aku melihat sesuatu yang kurang enak, terimalah teguranku dengan hati terbuka. Begitu juga kamu, bila merasakan sesuatu yang kurang selesa maka tegurlah aku dengan cara yang baik, bukan menghina.

Andai ditakdirkan aku mengandungkan benihmu, janganlah engkau membebankan aku dengan perkara-perkara yang menjejaskan emosiku. Janganlah berkasar terhadap ku. Memang syurga isteri dibawah tapak kaki suami. Semua aturan yang ditetapkan oleh kamu wajib aku patuhi. Aku mohon supaya berpada-padalah dengan peraturan-peraturan tersebut. Pentingnya persefahaman dan perbincangan untuk menjamin masa depan keluarga kita.

Bakal pemimpinku sayang,

Poligami itu memang hak dirimu yang mutlak dan tiadalah kuasa aku menghalang hukum TUHAN. Namun sekiranya sampai keperluanmu berpoligami, berterus teranglah dengan diriku agar tidak aku terkejut dengan hasratmu. Aku memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih daripada satu, dengan syarat berlaku adil. Adil itu bukan pada kamu yang mengadili, tapi kami para isteri yang diadili. Maka berlaku adillah semampu kamu, kerana aku percaya apabila timbul kemahuan itu, kamu sudah cukup muhasabah diri, menghakimi diri sendiri dengan kelayakanmu. Tidaklah sanggup aku melihat lelaki yang aku cintai berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan nanti.

Akhir sekali, 
aku sedar akan perangaiku yang keras kepala dan mungkin akan sering bercanggah pendapat denganmu. Aku amat menghargai kesabaranmu bila setiap kali kita bertelagah, kamu masih terus menyayangi dan memaafkan ketelanjuranku berkata-kata. Antara kita memang akan terdapat banyak perbezaan, lebih-lebih lagi sekiranya kita mempunyai jurang usia yang sangat berbeza. Terima kasih juga buat kamu kerana masih mahu mengambil aku sebagai isterimu. Namun janganlah kiranya kesabaran itu hilang selepas akad nikah kelak, kerana sejauh mana usia kita berbeza, selama itulah masa yang aku perlu untuk mencapai tahap kematangan dan cara pemikiranmu.

Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi. Bukan berlebihan sehingga tepu, bukan pula kurang sehingga layu. 

Cukuplah setakat ini coretan suratku buatmu. Semoga kau berbahagia & bersyukur memiliki aku sebagai suri dalam hidupmu. Dariku....bakal isterimu....

Saturday, April 21, 2012

SANTAPAN & SELERA ROHANI

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ALLAH yang masih memberikan sedikit ruang & masa untuk menegcapi keindahan alam ciptaan tuhan.

Ermmm...ari ni kesihatan tak berapa baik...demam...sakit tekak & selsema. Biasalah sedikit ujian daripada Yang Maha Kuasa...sekadar utk menguji kesabaran & kekuatan hati. Hehehe...Saat ini merasakan kerinduan pada kampung halaman & ahli keluarga yang jauh di mata tapi dekat di hati. Teringat pula pada pesan ayah & mak saya yg sentiasa tak pernah lekang daripada mulut mereka...."Solat jangan tinggal...jangan lambat2 kan...rajin2 baca Quran...". Insyaallah ingat...& terus lekat kat kepala otak.

Setiap manusia mempunyai selera yang berbeza2...baik selera fizikal samada makan or berpakaian & juga selera rohani. Mungkin sesetengah orang suka memenuhi selera rohaninya dengan banyak menunaikan solat sunat...membaca Quran & juga berzikir. Secara peribadi saya suka membaca Al-Quran kerana itulah satu2 nya cara saya memenuhi keperluan rohani. Sejujurnya saya ni bukan seorang muslimah yang solehah. Hehehe...Namun saya mempunyai keinginan untuk pergi ke arah yang lebih baik & menjadi solehah. Dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan pendidikan agama sedikit sebanyak memberi garis panduan kepada saya agar terus menjadi lebih baik.

Kalau solat2 sunat ni agak jarang saya lakukan terutama solat di tengah malam. Nampaknya godaan syaitan itu lebih kuat menyuruh saya tarik selimut daripada bangun. Hahaha...Justeru itu bagi memenuhi keperluan rohani...saya lebih banyak membaca Al-Quran. Saya mempunyai jadual yg sy tetapkan dalam membaca Al-Quran...& Al-Mathurat. Dan paling penting saya cuba untuk sentiasa konsisten dalam mengamalkanya.

Percayalah...membaca Al-Quran merupakan penawar & pengubat hati yg paling mujarab. Tatkala hati saya dilanda perasaan sedih, marah, gelisah & tidak tenteram...membaca Al_Quran mampu mengurangkan & seterusnya menghilangkan perasaan2 negatif tersebut. Ketika itu saya yakin bahawa tiada sesiapa yg mampu mengubati hati melainkan saya sendiri yg mencari penawarnya. Alhamdulillah...ternyata janji ALLAH itu benar. Sehebat mana pun ujian perasaan yg diberi...insyaallah Al-Quran adalh penawarnya. Klu tak mampu membaca...sudi2 kan lah telinga mendengar kan ...sudah memadai & pasti menenangkan.

Kalau pada asalnya membaca or mendengar bacaan Al-quran ketika perasaan negatif...saya cuba utk menjadikan ia sebagai amalan ketika dalam perasaan yg positif. Lama kelamaan ia akan menjadi amalan yg terbiasa. Bila sehari tidak membaca pasti akan rasa kerinduan utk mengalunkan kalimah2 keramat itu. Ketika itu saya sedar bahawa bukan fizikal sahaja yg memerlukan santapan...tetapi jiwa juga sangat2 memerlukan nya. Satu2 nya cara saya memenuhi santapan jiwa yg sentiasa alpa adlh dgn menjadikan membaca Al-Quran sebagai amalan. Bahkan saya juga sedang berusaha meperbaiki bacaan dengan belajar serta berguru pada orang yg lebih arif. Malahan saya juga berazam utk cuba belaja & memahami isi2 kandungan dalam Al-Quran yang pastinya menarik.

Suatu hari nanti jika saya dizinkan mempunyai keluarga...harapan saya utk menerapkan Al-Quran di dalam jiwa anak2 saya. Biar mereka menjadi generasi yg celik Al-Quran...kerana saya yakin pada masa yg akan datang pasti lebih banyak dugaan yg perlu ditempuhi oleh generasi baru. Justeru itu santapan rohani yg kuat amat diperlukan oleh mereka. Amin...& Insyaallah...


Monday, April 9, 2012

IsTiKhArAh CiNtA - By sIgMa

Istikharah Cinta

by

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta


Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan...[selalunya dibuat melalui solat sunat istikharah lah]dan selalunya kita istikharah untuk meminta petunjuk Allah dalam menentukan hala tuju hidup kita atau dalam membuat pilihan...
 
Dulu masa muda-muda remaja klu wat istikharah masa nak wat pilihan nak masuk kelas Sains or Akaun...pas2 ble nak gi masuk U yg mana. Hahaha...Tp sekarang, istikharah lagi untuk buat pilihan hidup...khususnya bagi wanita-wanita sepertiku yang mahu membuat pilihan 'teman hidup'..‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh dikatakan di sini – Istikharah cinta..macam lagu kat atas.

Walaupun dah bertunang istikharah itu tetap diteruskan. Insyaallah untuk memberi kekuatan pada hati dalam menempuh alam pertunangan yang banyak dugaan. Hehehe... Jadi istikharah itu perlu...
 

Thursday, April 5, 2012

dEnGi...oHhH...DeNgI...

Salam Pertemuan Yang Manis...

Wahhh...dah lama rasanya tak update blog. Bukan malas...cuma tak mempunyai kesempatan (alasan semata-mata. Huhuhu...
Actually i baru je baik daripada demam lebih kurang 2 minggu yang lepas. Bukan demam biasa2 tau...tp demam denggi. Aduhai....mmg dah ditakdirkan i ni kena cium ngan nyamuk aedes. Mana taknya dalam umah sewa tu ada 2 org...tp i gak yg dipilih. Ermmm..x pe...anggap sebagai ujian. Kdg2 ALLAH berikan sakit untuk menghapuskan dosa2 kecil...dgn syarat kena sabar.
Seingat i mula2 kena demam petang Jumaat. Tengahari tu macam biasa je...siap gi menjamu selera kat umah Syud (makan masakan korea kan)...pastu boleh lagi wat paper bag nak kawin. Balik dpd umah Syud rasa tak sedap badan. Apalagi tido lah memanjang. Maghrib tu rasa tak boleh nak bangun sbb rasa sakit kepala & badan yg amat sangat. Malas nak layan demam ni i pn telan PCM 2 biji (ikut nasihat DR CT). Pas2 membuta yg tak berapa lena.
Soknya ari Sabtu rasa mmg tak larat. Telan lagi PCM2 biji. Cuba gagahkan diri sbb dah janji ngan my fiancee utk gi survey kad kahwin. Ermmm....masa tu seriously i rasa x larat yg amat sangat. Selera makan pn hilang dgn cepatnya (masa ni rasa dah kurus) hahaaha... Lepas balik kuar dating terus tido...bangun jap solat...pas2 sambung tido. Tp lepas asar tu mmg dah x tahan sgt...bila bangun rasa pusing...badan ni sakit esp kat sendi2. Apalagi...call my younger sister Dr Ct@Uda...jawapannya kena paksa gi klinik. So minta tlg Eda antar gi A&E after maghrib.
Sampai kat A&E mcm biasalh kena ikut prosedur....register & saringan pertama. OMG...suhu badan mencecah 40 degree. BP border line....so MA tu bg makan 2 biji PCM lagi & kena tunggu. Bab kena tunggu ni yg  x tahan. Rasa mcm nak baring je...tp katil sumer penuh. Nasib baik Eda ada kenalan....so alhamdulillah ada katil kosong. So tanpa membuang masa aku baring...masa tu mmg nak tido je. Agak lama lah nak tunggu dtg check...kna amik darah...urin (air kencing). Ble doktor dtg check sumer result ok....so ingat kn blh lah balik. Tup...tup...kena cucuk...nurse masuk kn ubat. Cepat skit kot baik. ingat kan dah blh baik...rupa2 nya kna tahan lagi...nak masuk air plak. Adoi lah...nak tunggu masuk air punya lah lama sampai kena tahan kad wad sementara. Lepas masuk air 2 drip bottle i pn mnta balik. Bukan apa sian tgk Eda yg kena menunggu sampai 2 pagi. TQ so much Eda. Semoga Allah membalas kebaikan utk Eda. Soknya dpt MC sehari.
Ari Ahad berehat je lah kat umah. Asyik2 kena makan ubat. Tp tak juga kebah2. Pelik lah. Badan & kepala makan sakit. Makan lansung x blh kecuali air soya je yg mampu i telan. Ari Isnin tu dah keje tp sbb x larat gi klinik staff  gak. Nak tau...suhu badan masih 40 degree....agaknya demam i ni degil kot. Lepas check up ngan doktor dpt MC 3 ari. Pas2 next week ada appointment smula ngan doktor. Apalagi balik kg lah...so my En Apis yg tlg uruskan balik kg. Naik flight & fully sponsored by En Apis. TQ so much to him. He's really a rensposible man.
So seterusnya aku berehat kat umah. Hari ke 6 tak baik juga demam. I hanya blh minum air buah je sepanjang kat umah (masa tu mmg rasa kurus). Mujur ada mak yg sanggup uruskan i...sediakn minum...picit badan & kepala. Sbb demam tak surut so gi my sister amik lah darah. Apa jd??? Platlet turun sampai 50 & positif denggi. Wahhh...patutlah i sakit badan & kepala yg amat sangat. Mata ni mcm nak terkeluar rasa. Ulu hatai rasa sakit. Tp syukur ke hadrat ALLAH...berkat jagaan mak & family sembuh gak. Sian my family berusaha cari ketam...sbb nak wat ubat denggi. Hahaha... Luv u all...& i'm really appreciate it. Lepas seminggu duk umah balik keje lah mcm biasa. Masa rasa dah ok tp still kna minum air byk2.
Ni 1st time i kna denggi. Rasa fobia plak ngan nyamuk. Huhuhu....tp what to do. Mcm yg i kata ujian ALLAH. Insyallah akan sembuh...tp kena byk2 sgt sabar. Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali MATI. Itu yg aku set kan dlm otak klu setiap kali sakit. Kepada my family tercinta, En Apis & family serta Eda terima kasih ats bantuan, perhatian & kasih syg anda semua. I mmg x mampu nak bls...tp insyallah i akan sentiasa mendoakn kebaikan utk anda semua.sekarang i dah sembuh atas kuasa ALLAH s.w.t. DIA yg memberi & DIA juga yg menyembuhkannya. Alhamdulillah...

Monday, March 12, 2012

Ada Apa Dengan 12.03.12


Assalamualaikum...

12.03.12...ada apa dengan tarikh ni ye? Cuti umum ke? Klu cuti sekolah ye lah. Hehehe...Cuti kawin pn ye gak. Tp bkn i lah...org lain. huhuhu...

Ok lah...tarikh ni sgt istimewa sbb nampk mcm lawa je nombor tu..kihkih. Actually 33 tahun yg lalu tarikh ni lah menjadikan aku mampu mengecapi nikmat kebesaran ALLAH swt. Maksudnya aku diberanakkan lah. Walaupn x ingat & x tau apa2 tp aku yakin Puan Jamiah Abdullah merupakan insan yg bersusah payah...menggadai nyawa nak bagi aku peluang melihat dunia ciptaan ALLAH swt.

What???? Hari ini aku dah berusia 33 tahun. Wow! amazing UMMI ATIKAH AYUB...ko dah umur 33 tahun. Alhamdulillah...dpt gak ko mencecah umur 33...best apa no ni. ngehngeh...."So how do you feel today?" kata en MMD APIS. Ermmm...my answer no feel...as usual. Hehehe....tp itu kata mulut, dlm hati sape yg tau. Percaya atau tidak..mau or tak mau...kena terima hakikat yg umur aku akan terus jadi turutan menaik...bukan jadi nombor turutan menurun ye( msk skit bab maths lah). Apa perasaan aku ye hari ni. Ikutkan dalam tempoh 33 tahun ni dah byk yg aku rasa...pengalaman pn byk gak. Jadi hamba tuhan & anak of course lah smpai mati...jd pelajar pn dh rasa...jadi kuli kerja pn ada pengalaman. Oppsss...ada 1 yg akan aku rasai pada usia 33 thn ni. Insyaallah jika diizinkan....hehehe...

Rasa apa tu yerk? Ermmm....rasa nak jadi isteri kpd seorang lelaki bergelar suami. Huhuhu... Lama dah simpan rasa tu...blh dikatakan azam gak lah. Ini lah namanya ketentuan Tuhan....sepanjang perjalanan hidup aku...nikmat utk memegang status isteri diberi pada umur aku 33 tahun (masa tulis ni msh anak dara lg. Tunggu bulan 7 nnti) Hahaha...klu org kat kampong kata dah tua....tp bg aku muda lg...asal boleh mantain kesihatan. Kehkeh... So klu en MMD nak tau jawapan apa yg sy rasa umur 33 tahun ni. Jawapan nya RASA NAK KAWIN!!!!HAHAHAHA.... Tak de rasa lain...


Actually, ble dah berusia (bukan tua ye) skit ni x de lah excited sgt nak celebrate besday ke...nak kek becar ke...nak hadiah tu ke or hadiah ni ke. Tp lebih kpd ingin dihargai & disayangi (menunjukkan aku dah matang lah tu...kuang...kuang...). Cukup sekadar ucapan sbg tanda ingatan & doa yg dikirimkan utk kesejahteraan aku. Itu lebih bernilai & perasaan nya lebih menusuk dalam hati. Sobb...sobbb...(sambil lap air mata). Aku sangat2 berterima kasih pada mak & ayah yg telah membesarkan aku dgn susah payah (maklum lah aku ni nakal) selama 33 tahun. Lepas kawin ni mak & ayah x payah susah nak jaga den yo...sbb my encik husband akan tlg jaga aku dgn susah payah. Hehehe... Pada Idah, Uda, Abang & Adik yg sentiasa ingat 12 Mac sbg tarikh besday Kak Long nya...thanks a lot. I luv 4 of u forever...mmuaahhh...

Buat my coming soon husband...also thanks for you. I'm really appreciate ur wish & doa for me & our relation. U are a good man & hopefully awak blh jaga i dgn baik slps ni...& tahan dgn karenah serta prangai i yg ngada2. Hehehee...hadiah utk i akan dituntut after 7hb Julai 2012 tau. Watch out!!! Hahaha... Buat member2 yg asih ingat my tarikh keramat Eda...thanks for the lovely cheese cake & Syud for the wish. Tak lupa pd my future sis in law...also thanks for the wish.

Akhir skali kpd sumer yg bg ucapan...tima ksh byk2. Semoga kalian doa kan yg baik2 utk i ye. So tu UMMI ATIKAH...remember yg awk tu dah 33 tahun. So sepanjang 33 thn ni apa yg dah kau buat & adakah itu sudah cukup memadai. Tepuk dada & tanya iman sndiri..... Tp yg pasti mula apa yg aku nak bila berusia 33 tahun ialah tukar tittle CIK kpd PUAN. Hahaha... Insyaallah... HAPPY BESDAY to Cik Ummi....


Sunday, March 4, 2012

Women are like WAVES...Men are like a RUBBER BANDS

Assalamualaikum...morning to every of u...

This topic i have been taken from my fav book tittle MEN ARE FROM MARS...WOMEN ARE FROM VENUS. A practical guide for me to improving communication getting what i want in my relationship.

1. Women are like WAVES...

A woman is like a wave. When she feels loved her self-esteem rises & falls in a wave motion. When she is feeling really good, she will reach a peak....yahooo...but then suddenly her mood may change & her wave crash down...wwuuuaarrgghh. Buuttt...this crash is temporary. Don't worry darling...after she reaches bottom suddenly her mood will shift & she will again feel a good about herself. Automatically her wave begins to rise back up. This feeling really look like me...hahahaha...

When a woman's wave rises she feels she has an abudance of love to give, but when it falls she feels her inner emptiness & needs to be filled up with love. This time is bottoming out is a time for emotional housecleaning. A woman ability to give & receive love in her relationships is generally a reflection of how she is feeling about herself.


WAVES....

2. Men are like RUBBER BANDS...

Men are like rubber bands. When they pull away, they can stretch only so far before they come springing back. A rubber band is the perfect metaphor to understand the male intimacy cycle. This cycle involves getting close, pulling away & getting close again. Errmmmm...i see & understand that situation. Most women are surprised to realize that even when a man loves a woman periodically he needs to pull away before he can get closer. Men instinctively feel this urge to pull away. It is not a decision or choice. It just happens. It is neither his fault nor her fault. It is natural cycle.

Certainly a man may pull away for the some reasons, but he will also pull away even if she done nothing wrong. He may love & trust her, & then suddenly he begins to pull away. Like a stretched rubber band, he will distance himself & then come back on his own. A man pulls away to fulfill his need for independence or autonomy. When he has fully separated, then suddenly he will feel his need for love & intimacy again. Automatically he will be more motivated to give his love & receive the love he need. When a man springs back, he picks up the relationship at whatever degree of intimacy it was when he stretched away.





Cut & Paste from :
John Gray book...the original multi million copy bestseller

Thursday, February 16, 2012

Banyak mana kena minum air????


Selalu dengar orang kata kena minum air putih banyak2…sekurang – kurang nya 8 gelas sehari. OMG…banyaknya!! Confirm sat2 gi tandas…hehehe. Perlukah banyak tu??? Ada fakta or kajian ke mengenainya. Minum air putih ni blh awet muda. Wah! Klu betul nak lah…huhuhu. Tapi hakikatnya memang sy minum air banyak pun. Bukan utk awet muda…tp utk kesihatan jantung & sistem pencernaan. Jom dengar sy nak cite pasal minum air yang sedap bangat ni…hihihi...

Pendedahan Jurnal Psikologi mengatakan teori kena minum 8 gelas sehari tu tidak betul. Tapi x bermakna x payah minum air sedap tu. Abis tu banyak mana ye kena minum? Dengar ni petua sy…1st sekali tengok pada cuaca & aktiviti yg anda jalankan. Lebih banyak kehilangan air maka lebih banyak lah air kena minum. Ermmm…klu keje buruh kat tgh panas + guna tenaga yg byk…of course lh jawapan nya kena minum byk. Maybe 8 gelas or lebih dalam sehari. Tp….klu setakat keje dlm opis yg berekon (aircond) sambil goyang2 kaki x perlulah byk2. Dalam 6 gelas cukup dah….hehehe…2nd klu minum air tu biar berulangkali sepanjang hari. Sebaiknya minum air dalam tempoh setiap jam…biarpun 3 or 4 teguk. Percayala…anda pasti menjadi lebih bertenaga lps minum air! Jangan sekali2 minum 8 gelas sekaligus. Salah tu…sape ajar macam tu…x de fakta or petua suwuh wat mcm tu….hahaha…

Bila masa sy minum air putih? Hehehe…ni style sy, klu nak ikut pn blh. Sehari biasanya sy minum dlm 6 gelas…tp kdg2 time nak dkt2 period jd lebih 8 gelas. Ntah…mybe hormone x brape nak betul. Selalunya, bila bgn pg2 sy akan minum air dlm 2 or 3 tgk. Tp klu minum pg2 mmg cepat buang air besar…oppsss…sory kasar skit. Pas2 klu gi keje sy mesti bw bekal air dlm 1L & I will make sure finish before 6 am. Then before lg 2 jam nak tido sy minum segelas. Itu cara sy…tp cara org lain sy x tau. Cuma amalan sy ni byk membantu sistem pencernaan sy…maksudnya sisa pembuangan sy sgt baik…hahaha…

Ooohhh…lupa plak nak ingatkan! Terlalu byk minum air pun merbahaya gak. Sebab dlm badan kita ni byk elektrolit…so klu terlalu byk takut keseimbangan elektrolit tu hilang. Nnti x psl2 dehydrate…tp x pe, gantikan dgn minum air isotonic. Nah! sy dah cite tentang air sedap ni. So pasni blh lah cuba2 menjinakkan diri dgn AIR PUTIH@AIR MASAK.

Selamat Beramal & Jumpa Lagi….