Saturday, April 21, 2012

SANTAPAN & SELERA ROHANI

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ALLAH yang masih memberikan sedikit ruang & masa untuk menegcapi keindahan alam ciptaan tuhan.

Ermmm...ari ni kesihatan tak berapa baik...demam...sakit tekak & selsema. Biasalah sedikit ujian daripada Yang Maha Kuasa...sekadar utk menguji kesabaran & kekuatan hati. Hehehe...Saat ini merasakan kerinduan pada kampung halaman & ahli keluarga yang jauh di mata tapi dekat di hati. Teringat pula pada pesan ayah & mak saya yg sentiasa tak pernah lekang daripada mulut mereka...."Solat jangan tinggal...jangan lambat2 kan...rajin2 baca Quran...". Insyaallah ingat...& terus lekat kat kepala otak.

Setiap manusia mempunyai selera yang berbeza2...baik selera fizikal samada makan or berpakaian & juga selera rohani. Mungkin sesetengah orang suka memenuhi selera rohaninya dengan banyak menunaikan solat sunat...membaca Quran & juga berzikir. Secara peribadi saya suka membaca Al-Quran kerana itulah satu2 nya cara saya memenuhi keperluan rohani. Sejujurnya saya ni bukan seorang muslimah yang solehah. Hehehe...Namun saya mempunyai keinginan untuk pergi ke arah yang lebih baik & menjadi solehah. Dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan pendidikan agama sedikit sebanyak memberi garis panduan kepada saya agar terus menjadi lebih baik.

Kalau solat2 sunat ni agak jarang saya lakukan terutama solat di tengah malam. Nampaknya godaan syaitan itu lebih kuat menyuruh saya tarik selimut daripada bangun. Hahaha...Justeru itu bagi memenuhi keperluan rohani...saya lebih banyak membaca Al-Quran. Saya mempunyai jadual yg sy tetapkan dalam membaca Al-Quran...& Al-Mathurat. Dan paling penting saya cuba untuk sentiasa konsisten dalam mengamalkanya.

Percayalah...membaca Al-Quran merupakan penawar & pengubat hati yg paling mujarab. Tatkala hati saya dilanda perasaan sedih, marah, gelisah & tidak tenteram...membaca Al_Quran mampu mengurangkan & seterusnya menghilangkan perasaan2 negatif tersebut. Ketika itu saya yakin bahawa tiada sesiapa yg mampu mengubati hati melainkan saya sendiri yg mencari penawarnya. Alhamdulillah...ternyata janji ALLAH itu benar. Sehebat mana pun ujian perasaan yg diberi...insyaallah Al-Quran adalh penawarnya. Klu tak mampu membaca...sudi2 kan lah telinga mendengar kan ...sudah memadai & pasti menenangkan.

Kalau pada asalnya membaca or mendengar bacaan Al-quran ketika perasaan negatif...saya cuba utk menjadikan ia sebagai amalan ketika dalam perasaan yg positif. Lama kelamaan ia akan menjadi amalan yg terbiasa. Bila sehari tidak membaca pasti akan rasa kerinduan utk mengalunkan kalimah2 keramat itu. Ketika itu saya sedar bahawa bukan fizikal sahaja yg memerlukan santapan...tetapi jiwa juga sangat2 memerlukan nya. Satu2 nya cara saya memenuhi santapan jiwa yg sentiasa alpa adlh dgn menjadikan membaca Al-Quran sebagai amalan. Bahkan saya juga sedang berusaha meperbaiki bacaan dengan belajar serta berguru pada orang yg lebih arif. Malahan saya juga berazam utk cuba belaja & memahami isi2 kandungan dalam Al-Quran yang pastinya menarik.

Suatu hari nanti jika saya dizinkan mempunyai keluarga...harapan saya utk menerapkan Al-Quran di dalam jiwa anak2 saya. Biar mereka menjadi generasi yg celik Al-Quran...kerana saya yakin pada masa yg akan datang pasti lebih banyak dugaan yg perlu ditempuhi oleh generasi baru. Justeru itu santapan rohani yg kuat amat diperlukan oleh mereka. Amin...& Insyaallah...


1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.site
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    8 Pasaran Togel Terbaik Bosku
    Joker Slot, Sabung Ayam Dan Masih Banyak Lagi Boskuu
    BURUAN DAFTAR!
    MENYEDIAKAN DEPOSIT VIA PULSA TELKOMSEL / XL
    DOMPET DIGITAL OVO, DANA, LINK AJA DAN GOPAY
    UNTUK KEMUDAHAN TRANSAKSI , ONLINE 24 JAM BOSKU
    dewa-lotto.site

    ReplyDelete